"Saudara-saudari serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,"
2)ALITERASI
"Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysia Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High-Speed Rail akan diteruskan."
3)METAFORA
"Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup, langit pula tidak selalunya cerah."
4)PENGULANGAN
"Secara kesimpulannya, perutusan penstrukturan dan pengubahsuaian ini, sama juga seperti perutusan tahun lepas, bukanlah satu bajet yang baharu."
5)IRONI
"Berdiam dirilah daripada berkata perkara yang bukan-bukan, namun bersuaralah kepada perkara yang berguna."
6)ANAFORA
"pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan."
7)PENGULANGAN
"saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."
8)HIBRID
"Disebut orang sejak dahulukala, ..."
9)DIKSI
"Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, ..."
10)ALITERASI
"Mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang"
BERNAMA telah mengongsikan sebelas langkah pengubahsuaian dan penstrukturan semula Bajet 2016. Langkah-langkah pengubahsuaian dijangka akan dapat menjimatkan Kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Langkah pertama ialah pengurangan peratus untuk potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Pada masa yang sama, kadar caruman majikan dikekalkan. Kemudian, pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. Walaupun kerajaan hilang hasil sebanyak RM350 juta, langkah ini memberi penjimatan bayaran cukai kepada individu sehingga RM475 seorang dan memanfaatkan dua juta pembayar cukai.
Seterusnya, pengurangan kos harga baran keperluan harian rakyat akan berlaku melalui enam tindakan. Antaranya, liberasi kawalan kuota import bagi produk pertanian, pembukaan pasar belian terus hasil pertanian, penambahan jumlah Kedai Harga Patut, penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika, tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi dan pembekalan 20 kilogram beras setiap bulan untuk keluarga miskin tegar yang berdaftar yang bertujuan mengurangkan bebanan hidup mereka.
Selain itu, penguatkuasaan penjualan rumah yang berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja dengan serta-merta. Untuk projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar empat peratus dengan dana berjumlah RM400 juta mulai 1 Mac ini, yang akan memanfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah. Lebih 100,000 unit rumah pula akan ditawarkan di bawah program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu oleh Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, agensi negeri dan sektor swasta.
Kemudian, sumbangan 30 peratus daripada levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai levi HDRF berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran menerusi inisiatif 'reskill' dan 'upskill' termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai digandakan, penalti kepada pembayar cukai dilonggarkan, penstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras di Pulau Bebas Cukai dengan mengehadkan hanya kepada kedai-kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pendapatan daripada spektrum telekomunikasi dioptimakan dan beberapa kawasan strategik milik kerajaan dibangunkan.
Seterusnya, sistem pengurusan pekerja asing dengan kadar levi akan diperkemaskan dan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, dan ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing. Fokus perbelanjaan pembangunan diberi kepada projek yang memberi kepentingan kepada rakyat, kesan berganda tinggi, kandungan import rendah dengan projek fizikal seperti rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan diutamakan.
Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 bilion dalam menyediakan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permulaan. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU).
No comments:
Post a Comment