Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!
Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutama sekali yang telah mendidik saya dengan penuh sabar dan tekun.Saya berasa bangga kerana dapat belajar dengan semua guru-guru di dalam hidup saya terutamanya di dalam sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Batu 24 dan juga Sekolah Pendidikan Permata Pintar iaitu lokasi di mana saya sedang menuntut ilmu sekarang.Saya ingin memberitahu 3 perkara kepada guru-guru yang pernah mengajar saya  dan  juga guru-guru  yang  sedang mengajar saya.

1)Saya tidak pernah menunjukkannya tetapi saya ingin guru-guruku yang saya kasihi tahu bahawa saya amat sayang  dan kasihi semua  guru-guruku.

2)Saya berjanji akan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk membuat guru- guruku bangga sehingga maut saya temui.

3)Saya tidak akan melupakan jasa guru-guruku dan saya akan terus berusaha untuk menggunakan ilmu yang dirimusampaikan padaku dengan sebaik  mungkin sehingga ajal menumui saya.

Perhatian!!:Terdapat beberapa kesalahan akibat blogger ini sendiri harap ampun.-_-''

Thursday, 15 May 2014

Novel E1

   Izzati dan Aizzat

Bab 1:Perjumpaan dengan lelaki misteri itu

   Ada seorang budak perempuan yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sebatang ulu sungai.Budak perempuan itu suka memancing ikan dan bermandi-manda di sungai tersebut.Dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang ayu.Budak perempuan itu akan mendendangkan suaranya yang merdu itu setiap kali dia mandi di sungai itu.
   Rupa parasnya yang cantik dan ayu itu telah menarik perhatian setiap jejaka yang melihatnya.Ramai jejaka yang telah cuba memikat hati budak perempuan itu tetapi telah gagal dan ditolak oleh budak perempuan tersebut.

   Pada suatu hari, ketika budak perempuan itu sedang mandi di sungai yang terletak berdekatan dengan rumahnya itu, ada tiga orang lelaki yang datang ke kampung itu setelah terdengar mengenai tentang khabar angin budak perempuan yang ayu itu.Ketiga-tiga lelaki itu telah mengintip budak perempuan itu mandi secara senyap dan kemudian telah berniat jahat terhadap perempuan itu.Sebaik sahaja budak perempuan itu selesai mandi,ketiga-tiga lelaki itu telah mengepung budak perempuan itu dan menangkapnya.Lelaki-lelaki itu telah menyebunyikan budak perempuan itu di sebuah rumah usang di dalam hutan berdekatan dengan sungai itu.


   Setelah lelaki-lelaki itu tertidur akibat kepenatan,budak perempuan itu berasa takut akan apa yang akan dilakukan kepadanya.Tiba-tiba seorang budak lelaki telah pecah masuk rumah itu dan membelasah kesemua lelaki yang kejam itu.Budak lelaki itu membawa perempuan itu ke rumahnya dan menenangkannya.

   Setelah budak perempuan itu berasa tenang, budak lelaki itu telah memberitahu salah-silah keluarganya.”Keluarga saya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan hanya saya yang hidup daripada seluruh ahli keluarga saya yang terlibat dengan kemalangan itu”kata budak lelaki itu.”Nama saya Aizzat.”kata budak lelaki itu.

   Aizzat berkata kepada budak berrempuan itu bahawa ada seorang lelaki yang jahat inginkan dia dan berbuat jahat kepadanya dan dia akan menolong untuk menyembunyikannya dan menghalang lelaki itu yang akan menculik budak perempuan itu.
   Aizzat pun telah berkata kepada budak perempuan itu bahawa lelaki yang jahat itu telah membunuh ibunya ketika dia diculik dan terdapat beberapa orang anak buah lelaki itu sedang menunggu budak perempuan itu di rumahnya untuk menyuliknya.

   Aizzat membawa budak perempuan itu ke sebuah kampung berbeza yang terletak sangat jauh dari kampung lama budak perempuan itu dan membawa budak itu ke rumahnya yang diperbuat daripada kayu dan papan.

   Budak perempuan itu tidur di bilik yang berbeza dari bilik Aizat dan cuba untuk menyesuaikan dirinya di dalam rumah itu.Aizzat telah menyediakan semua keperluan budak perempuan itu termasuk pakaian, tempat mandi,makanan permainan dan lain-lain.

   Keesokan harinya,Aizzat telah membawa budak perempuan itu ke sebatang sungai yang lebar dan terdapat banyak ikan dan tumbuhan yang menarik.Aizzat telah mengeluarkan dua batang joran beserta umpan tiruan yang berkualiti baik.Dia memancing bersama budak perempuan itu sehingga tengah hari.Selepas itu,mereka berehat sambil menikmati keindahan hutan di sekeliling mereka.Mereka seterusnya melihat dan menganalisis tumbuhan-tumbuhan disekeliling mereka.

  
 Pada waktu malam,mereka memanggang ikan yang mereka tangkap dan kemudian mereka dapat menikmati ikan bakar yang sangat lazat lagi menyelerakan.Mereka berasa sangat gembira pada malam itu.Budak perempuan itu mula dapat mulupakan perasaan sedih dan takutnya itu



Bab 2:Siapakah dalang kepada semua ini
  
   Lelaki yang jahat itu sebenarnya bernama Haiqal.Dia adalah lelaki yang kejam dan kaya serta terkenal di seluruh dunia tetapi tidak ada sesiapa yang tahu akan semua perbuatan jahat dan kejamnya kerana dia pandai menyembunyikan semua perbuatan jahat dan kejamnya itu.

   Sebelum ini,terdapat banyak perempuan yang telah menjadi mangsanya dan kemudian telah dibunuh dengan cara tanam hidup-hidup. Haiqal tidak berasa sedikit rasa bersalah pun terhadap segala kesalahan yang telah dilakukan selama ini dan berasa bahawa dia boleh melakukan apa yang dia ingin lakukan secara tersembunyi.
  
  

   Kesalahan pertama yang dia lakukan adalah membunuh ahli keluarganya agar dia boleh mewarisi kesemua harta keluarganya.Setelah dia meningkat dewasa, dia menjadi seorang pengurus perniagaan yang besar dan telah membunuh sesiapa yang setanding kekayaan dengannya dan sesiapa yang lebih kaya daripadanya secara senyap.

   Sekarang dia telah berjaya menjadi orang yang terkaya di dalam dunia.Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dan akan membunuh sesiapa yang menentang kuasanya.

   Sekarang, dia sudah mula menganggap dirinya sebagai orang yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun hampir sama Firaun yang menganggap dirinya sebagai Tuhan.


   Haiqal telah terdengar mengenai keindahan dan kecantikan Izzati iaitu budak perempuan itu.Dia menjadikan Izzati mangsanya yang seterusnya.Dia telah menghantar beberapa orang anak buahnya untuk membunuh ibu Izzati dan menculiknya.

   Dia berasa sangat kecewa dan marah apabila anak buahnya gagal untuk menjumpai Izzati di rumahnya.Dia berasa terlalu marah sehingga menyembelih anak buahnya sendiri bagi melepaskan rasa marahnya yang teramat itu.


Bab 3:Apa yang sedang dan akan dilakukan

   Pada minggu seterusnya,Aizat telah memberitahu Izzati bahawa di telah mengetahui kerja kotor Haiqal dan mahu menghalang segala perbuatan jahat yang Haiqal telah lakukan secepat munking.

   Sebaik sahaja dia mengetahui bahawa Izzati adalah mangsa seterusnya yang akan diculik oleh anak buah Haiqal,dia terus pergi secepat mungkin untuk menjejaki dan menyelamatkannya.
  

   Dia telah berjaya menyelamatkan Izzati sebelum penjahat itu sampai tetapi telah gagal untuk menyelamatkan ibu Izzati.Dia tahu bahawa Haiqal tidak akan berhenti selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan,jadi dia mahu menyembunyikan Izzati bersamanya di tempat yang selamat sementara memikirkan cara untuk menghentikan Haiqal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

   Izzati bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh Haiqal dan ingin membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Haiqal kepada ibunya yang dia sayangi dan kasihi.Dia ingin terus berjumpa dengan Haiqal dan membunuhnya tetapi tidak boleh kerana dia tahu bahawa dia akan terbunuh dengan mudah sebelum dia sempat berbuat apa-apa kepada Haiqal.

   Jadi dia terpaksa menunggu untuk saat yang sesuai dan dengan rancangan yang sesuai untuk membunuh Haiqal yang kejam itu.Dia ingin menuntut bela atas kematian ibunya yang dia sayangi dan kasihi.


 Aizzat berkata kepada Izzati bahawa mereka patut menunggu Haiqal berasa berputus asa untuk mencarinya dan memberhentikan semua anak buahnya untuk mencari Izzati.

 Sementara itu Aizat berkata kepada Izzati agar tidak selalu keluar ke kawasan ramai orang.Aizat takuti nanti Izzati oleh anak buah Haiqal.
Aizat berkata lagi kepada Izzati bahawa mereka akan terpaksa bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan cepat agar tidak ditangkap oleh Aizzat.
 Pada waktu yang sama ketika Aizat sedang berbincang dengan Izzati mengenai apa yang akan dilakukan,Haiqal yang sedang panas baran telah menghantar 1000 anak buahnya keseluruh dunia untuk mencari Izzati.


 Sementara sedang menyembunyikan diri di tempat yang tersembunyi,mereka melakukan beberapa aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan mereka.Antaranya ialah memancing ,melihat dan meneroka hutan,bermain bersama binatang yang jinak di dalam hutan dan lain-lain.

 Dua bulan kemudian, ketika Izzati sedang memancing di tebi sebatang sungai yang terdapat di dalam sebuah hutan di Johor.Dia telah mendapat banyak ikan dan berasa sangat gembira kerana akan dapat banyak bekalan makanan ikan bakar untuknya dan Aizzat untuk makan dalam jangka masa mereka bersembunyi.

 Ketika Izzati sedang bergembira,dia tidak perasan bahawa terdapat 10 anak buah Haiqal yang telah ternampak Izzati.Ketika anak-anak buah Haiqal sedang cuba menculik Izzati,Aizzat telah datang bersama 3 abangnya yang menyebelahinya untuk menghentikan kerja kotor Haiqal telah datang dan membelasah semua anak buah Haiqal.

 Tetapi malangnya, seorang anak buah Haiqal telah terlepas dari mereka.



Bab 4:Pelarian bermula

 Sebaik sahaja anak buah Haiqal yang terlepas dan sampai ke Haiqal, Haiqal terus menghantar anak-anak buahnya mengepung semua jalan keluar dari Johor ke negeri lain.Izzati dan ketiga-tiga abang Aizzat berasa cemas apabila dapat mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Haiqal.
Mereka terus berkumpul di sebuah rumah usang di tengah bandar untuk berbincang.
 Aizzat terus mengeluarkan idea yang bernas untuk mengeluarkan mereka daripada masaalah itu.Idea yang telah dikeluarkan oleh Aizzat adalah untuk keluar negeri itu melalui kapal terbang.Mereka semua bersetuju dengan idea itu lalu membeli tiket kapal terbang secepat yang boleh dan terus mengemas semua barang-barang mereka dan bersedia untuk bertolak.



 Ketika mereka sedang menaiki kapal terbang yang akan terbang ke negeri Sabah dalam masa 5 jam , Haiqal telah berjaya untuk memecahan senarai penaik kapal terbang-kapal terbang di Malaysia dan telah menjumpai nama-nama Izzati , Aizzat dan 3 abang Aizzat itu di dalam senarai penerbangan yang berlepas 15 minit lagi.

 Haiqal dengan rasa terkejut terus menghantar 200 orang anak buahnya ke sana untuk menculik Izzati serta Aizzat.Kesemua 200 anak buah Aizzat terus bertolak ke Sabah menaik berpuluh-puluh buah motorsikal dan berpuluh-puluh buah motor bot.Aizzat dan Izzati serta 3 orang abang Aizzat itu berasa selamat apabila mendarat di Sabah.Mereka menyewa sebuah rumah di Sabah untuk disewa untuk sementara sebelum mereka merancang pergerakan mereka yang seterusnya.



 Tetapi ketenangan mereka tidak bertahan lama , kesemua 20 anak buah Haiqal telah berjaya menangkap kesemua Aizzat , Izzati dan 3 orang abang Aizzat.3 orang abang Aizzat telah cuba sedaya upaya untuk membebaskan mereka agar tidak jatuh ke tangan Haiqal sepenuhnya tetapi malangnya mereka telah gagal .Bukan sahaja gagal malah ketiga-tiga abang Aizzat telah dibunuh dengan kejam di hadapan Aizzat dan Izzati.

 Aizzat telah berjaya membebaskan Izzati dan kemudian Izzati dapat melepaskan diri daripada anak-anak buah Haiqal.17 anak buah Haiqal serta-merta mengejar Izzati manakala lagi 3 anak buah Haiqal yang bersenjata menjaga Aizzat dengan berhati-hati.Aizzat berjaya membunuh ketiga-tiga anak buah Haiqal itu lalu mengambil semua senjata yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak buah Haiqal itu dan melarikan diri.

 Izzati menyembunyikan diri di sebuah lubang kecil di sebelah jalan.
Semua 17 anak buah Haiqal mencari Izzati di kawasan itu tetapi gagal menjumpai tempat Izzati menyembunyikan diri.Aizzat terserempak dengan anak buah Haiqal itu lalu membunuh mereka menggunakan senjata mereka sendiri.




 Bab 5:Kejatuhan Haiqal

 Haiqal lama-kelamaan berasa bosan untuk mengejar Izzati lalu memanggil semua anak buahnya untuk pulang.Dia mula menyambung kerja kotornya yang lain untuk menghilangkan rasa bosannya.

 Aizzat telah dapat tahu berita penting ini lalu memberitahu Izzati bahawa inilah masa untuk mereka bertindak untuk membalas dendam terhadap Haiqal atas semua kerja kotor dan kejam.

 Haiqal dengan senangnya melupakan pembunuhan kejam ibu Izzati dan 3 orang abang Aizzat dan sambung menculik perempuan-perempuan yang cantik lagi menawan untuk menjadi koleksi permainan hidupnya.Dia langsung tidak ingat akan kiamat,dosa dan pahala serta Tuhan yang Maha Esa.



 Sementara itu,Aizzat dan Izzati mula mengumpul perempuan-perempuan yang dianggap permainan lama bagi Haiqal lalu dibuang di merata tempat.Setiap bukti pembunuhan yang Haiqal telah buat dikumpul untuk menarik Haiqal ke mahkamah dan ke tali gantung agar dia tidak langsung boleh melakukan kerja kotornya lagi.

 Semua bejalan lancar seperti yang dirancangkan oleh Aizzat.Dia berkata kepada Izzati jikalau semuanya berjalan seperti apa yang dirancang olehnya maka Haiqal pasti akan ke tali gantung.

 Perlahan-lahan,sikit demi sedikit bahan bukti yang akan digunakan untuk membuktikan bahawa Haiqal sangat bersalah dan patut dihukum gantung hidup-hidup.




 Harinya telah tiba, ketika Haiqal sedang berehat di rumahnya sambil menikmati air sirap kegemarannya, dua kereta polis menyerbunya dan kemudian menangkapnya dan membawanya ke mahkamah.

 Di mahkamah Haiqal berasa terkejut apabila yang cuba mengheretnya ke tali gantung adalah Aizzat dan Izzati.Dia hampir ingat yang mereka sudah tidak lagi wujud.

 Aizzat dan Izzat mengeluarkan semua bahan bukti yang mereka telah kumpul dan cuba sedaya upaya untuk membuktikan yang Haiqal bersalah.Perdebatan yang sengit telah berlaku di dalam mahkamah tersebut.Pelbagai jenis bukti telah di kemukakan tetapi semuanya telah dibalas oleh peguam Haiqal.Tetapi lama-kelamaan peguam Haiqal menjadi semakin lemah dan setelah 4 jam perdebatan itu berlangsung akhirnya peguam Haiqal telah tewas diatas bukti-bukti yang kukuh yang telah dikemukakan oleh Aizzat dan Izzati.

 Haiqal akhirnya tumpas dan dihukum gantung sampai mati.Hidup mereka semua akhirnya hidaup tenang dan bahagia.

Selamanya….atau tidak?
Saya mungkin akan mengeluarkan E2 suatu hari nanti.