Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!
Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutama sekali yang telah mendidik saya dengan penuh sabar dan tekun.Saya berasa bangga kerana dapat belajar dengan semua guru-guru di dalam hidup saya terutamanya di dalam sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Batu 24 dan juga Sekolah Pendidikan Permata Pintar iaitu lokasi di mana saya sedang menuntut ilmu sekarang.Saya ingin memberitahu 3 perkara kepada guru-guru yang pernah mengajar saya  dan  juga guru-guru  yang  sedang mengajar saya.

1)Saya tidak pernah menunjukkannya tetapi saya ingin guru-guruku yang saya kasihi tahu bahawa saya amat sayang  dan kasihi semua  guru-guruku.

2)Saya berjanji akan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk membuat guru- guruku bangga sehingga maut saya temui.

3)Saya tidak akan melupakan jasa guru-guruku dan saya akan terus berusaha untuk menggunakan ilmu yang dirimusampaikan padaku dengan sebaik  mungkin sehingga ajal menumui saya.

Perhatian!!:Terdapat beberapa kesalahan akibat blogger ini sendiri harap ampun.-_-''

No comments:

Post a Comment