Izzati dan Aizzat
Bab 1:Perjumpaan dengan lelaki misteri itu
Ada
seorang budak perempuan yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sebatang ulu
sungai.Budak perempuan itu suka memancing ikan dan bermandi-manda di sungai
tersebut.Dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang ayu.Budak
perempuan itu akan mendendangkan suaranya yang merdu itu setiap kali dia mandi
di sungai itu.
Rupa
parasnya yang cantik dan ayu itu telah menarik perhatian setiap jejaka yang
melihatnya.Ramai jejaka yang telah cuba memikat hati budak perempuan itu tetapi
telah gagal dan ditolak oleh budak perempuan tersebut.
Pada
suatu hari, ketika budak perempuan itu sedang mandi di sungai yang terletak
berdekatan dengan rumahnya itu, ada tiga orang lelaki yang datang ke kampung
itu setelah terdengar mengenai tentang khabar angin budak perempuan yang ayu
itu.Ketiga-tiga lelaki itu telah mengintip budak perempuan itu mandi secara
senyap dan kemudian telah berniat jahat terhadap perempuan itu.Sebaik sahaja
budak perempuan itu selesai mandi,ketiga-tiga lelaki itu telah mengepung budak
perempuan itu dan menangkapnya.Lelaki-lelaki itu telah menyebunyikan budak
perempuan itu di sebuah rumah usang di dalam hutan berdekatan dengan sungai
itu.
Setelah lelaki-lelaki itu tertidur akibat kepenatan,budak perempuan itu
berasa takut akan apa yang akan dilakukan kepadanya.Tiba-tiba seorang budak
lelaki telah pecah masuk rumah itu dan membelasah kesemua lelaki yang kejam
itu.Budak lelaki itu membawa perempuan itu ke rumahnya dan menenangkannya.
Setelah budak perempuan itu berasa tenang, budak lelaki itu telah
memberitahu salah-silah keluarganya.”Keluarga saya telah lama meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya, dan hanya saya yang hidup daripada seluruh ahli
keluarga saya yang terlibat dengan kemalangan itu”kata budak lelaki itu.”Nama
saya Aizzat.”kata budak lelaki itu.
Aizzat
berkata kepada budak berrempuan itu bahawa ada seorang lelaki yang jahat
inginkan dia dan berbuat jahat kepadanya dan dia akan menolong untuk menyembunyikannya
dan menghalang lelaki itu yang akan menculik budak perempuan itu.
Aizzat
pun telah berkata kepada budak perempuan itu bahawa lelaki yang jahat itu telah
membunuh ibunya ketika dia diculik dan terdapat beberapa orang anak buah lelaki
itu sedang menunggu budak perempuan itu di rumahnya untuk menyuliknya.
Aizzat
membawa budak perempuan itu ke sebuah kampung berbeza yang terletak sangat jauh
dari kampung lama budak perempuan itu dan membawa budak itu ke rumahnya yang
diperbuat daripada kayu dan papan.
Budak
perempuan itu tidur di bilik yang berbeza dari bilik Aizat dan cuba untuk
menyesuaikan dirinya di dalam rumah itu.Aizzat telah menyediakan semua
keperluan budak perempuan itu termasuk pakaian, tempat mandi,makanan permainan
dan lain-lain.
Keesokan harinya,Aizzat telah membawa budak perempuan itu ke sebatang
sungai yang lebar dan terdapat banyak ikan dan tumbuhan yang menarik.Aizzat
telah mengeluarkan dua batang joran beserta umpan tiruan yang berkualiti
baik.Dia memancing bersama budak perempuan itu sehingga tengah hari.Selepas
itu,mereka berehat sambil menikmati keindahan hutan di sekeliling mereka.Mereka
seterusnya melihat dan menganalisis tumbuhan-tumbuhan disekeliling mereka.
Pada
waktu malam,mereka memanggang ikan yang mereka tangkap dan kemudian mereka
dapat menikmati ikan bakar yang sangat lazat lagi menyelerakan.Mereka berasa
sangat gembira pada malam itu.Budak perempuan itu mula dapat mulupakan perasaan
sedih dan takutnya itu
Bab 2:Siapakah dalang kepada semua ini
Lelaki yang jahat itu sebenarnya bernama
Haiqal.Dia adalah lelaki yang kejam dan kaya serta terkenal di seluruh dunia
tetapi tidak ada sesiapa yang tahu akan semua perbuatan jahat dan kejamnya
kerana dia pandai menyembunyikan semua perbuatan jahat dan kejamnya itu.
Sebelum ini,terdapat banyak perempuan yang telah menjadi mangsanya dan
kemudian telah dibunuh dengan cara tanam hidup-hidup. Haiqal tidak berasa
sedikit rasa bersalah pun terhadap segala kesalahan yang telah dilakukan selama
ini dan berasa bahawa dia boleh melakukan apa yang dia ingin lakukan secara
tersembunyi.
Kesalahan pertama yang dia lakukan adalah membunuh ahli keluarganya agar
dia boleh mewarisi kesemua harta keluarganya.Setelah dia meningkat dewasa, dia
menjadi seorang pengurus perniagaan yang besar dan telah membunuh sesiapa yang
setanding kekayaan dengannya dan sesiapa yang lebih kaya daripadanya secara
senyap.
Sekarang dia telah berjaya menjadi orang yang terkaya di dalam dunia.Dia
boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dan akan membunuh sesiapa yang
menentang kuasanya.
Sekarang, dia sudah mula menganggap dirinya sebagai orang yang tidak
boleh dihalang oleh sesiapa pun hampir sama Firaun yang menganggap dirinya
sebagai Tuhan.
Haiqal
telah terdengar mengenai keindahan dan kecantikan Izzati iaitu budak perempuan
itu.Dia menjadikan Izzati mangsanya yang seterusnya.Dia telah menghantar
beberapa orang anak buahnya untuk membunuh ibu Izzati dan menculiknya.
Dia
berasa sangat kecewa dan marah apabila anak buahnya gagal untuk menjumpai
Izzati di rumahnya.Dia berasa terlalu marah sehingga menyembelih anak buahnya
sendiri bagi melepaskan rasa marahnya yang teramat itu.
Bab 3:Apa yang sedang dan akan dilakukan
Pada
minggu seterusnya,Aizat telah memberitahu Izzati bahawa di telah mengetahui
kerja kotor Haiqal dan mahu menghalang segala perbuatan jahat yang Haiqal telah
lakukan secepat munking.
Sebaik sahaja dia mengetahui bahawa Izzati adalah
mangsa seterusnya yang akan diculik oleh anak buah Haiqal,dia terus pergi
secepat mungkin untuk menjejaki dan menyelamatkannya.
Dia
telah berjaya menyelamatkan Izzati sebelum penjahat itu sampai tetapi telah
gagal untuk menyelamatkan ibu Izzati.Dia tahu bahawa Haiqal tidak akan berhenti
selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan,jadi dia mahu menyembunyikan Izzati
bersamanya di tempat yang selamat sementara memikirkan cara untuk menghentikan
Haiqal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.
Izzati
bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh Haiqal dan ingin membalas dendam
terhadap apa yang telah dilakukan oleh Haiqal kepada ibunya yang dia sayangi
dan kasihi.Dia ingin terus berjumpa dengan Haiqal dan membunuhnya tetapi tidak
boleh kerana dia tahu bahawa dia akan terbunuh dengan mudah sebelum dia sempat
berbuat apa-apa kepada Haiqal.
Jadi
dia terpaksa menunggu untuk saat yang sesuai dan dengan rancangan yang sesuai
untuk membunuh Haiqal yang kejam itu.Dia ingin menuntut bela atas kematian
ibunya yang dia sayangi dan kasihi.
Aizzat
berkata kepada Izzati bahawa mereka patut menunggu Haiqal berasa berputus asa
untuk mencarinya dan memberhentikan semua anak buahnya untuk mencari Izzati.
Sementara itu Aizat berkata kepada Izzati agar
tidak selalu keluar ke kawasan ramai orang.Aizat takuti nanti Izzati oleh anak
buah Haiqal.
Aizat berkata lagi kepada Izzati bahawa mereka
akan terpaksa bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan cepat agar
tidak ditangkap oleh Aizzat.
Pada
waktu yang sama ketika Aizat sedang berbincang dengan Izzati mengenai apa yang
akan dilakukan,Haiqal yang sedang panas baran telah menghantar 1000 anak
buahnya keseluruh dunia untuk mencari Izzati.
Sementara sedang menyembunyikan diri di tempat
yang tersembunyi,mereka melakukan beberapa aktiviti untuk menghilangkan rasa
bosan mereka.Antaranya ialah memancing ,melihat dan meneroka hutan,bermain
bersama binatang yang jinak di dalam hutan dan lain-lain.
Dua
bulan kemudian, ketika Izzati sedang memancing di tebi sebatang sungai yang
terdapat di dalam sebuah hutan di Johor.Dia telah mendapat banyak ikan dan
berasa sangat gembira kerana akan dapat banyak bekalan makanan ikan bakar
untuknya dan Aizzat untuk makan dalam jangka masa mereka bersembunyi.
Ketika Izzati sedang bergembira,dia tidak
perasan bahawa terdapat 10 anak buah Haiqal yang telah ternampak Izzati.Ketika
anak-anak buah Haiqal sedang cuba menculik Izzati,Aizzat telah datang bersama 3
abangnya yang menyebelahinya untuk menghentikan kerja kotor Haiqal telah datang
dan membelasah semua anak buah Haiqal.
Tetapi malangnya, seorang anak buah Haiqal
telah terlepas dari mereka.
Bab 4:Pelarian bermula
Sebaik sahaja anak buah Haiqal yang terlepas
dan sampai ke Haiqal, Haiqal terus menghantar anak-anak buahnya mengepung semua
jalan keluar dari Johor ke negeri lain.Izzati dan ketiga-tiga abang Aizzat
berasa cemas apabila dapat mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Haiqal.
Mereka terus berkumpul di
sebuah rumah usang di tengah bandar untuk berbincang.
Aizzat terus mengeluarkan idea yang bernas
untuk mengeluarkan mereka daripada masaalah itu.Idea yang telah dikeluarkan
oleh Aizzat adalah untuk keluar negeri itu melalui kapal terbang.Mereka semua
bersetuju dengan idea itu lalu membeli tiket kapal terbang secepat yang boleh
dan terus mengemas semua barang-barang mereka dan bersedia untuk bertolak.
Ketika mereka sedang menaiki kapal terbang
yang akan terbang ke negeri Sabah dalam masa 5 jam , Haiqal telah berjaya untuk
memecahan senarai penaik kapal terbang-kapal terbang di Malaysia dan telah
menjumpai nama-nama Izzati , Aizzat dan 3 abang Aizzat itu di dalam senarai
penerbangan yang berlepas 15 minit lagi.
Haiqal dengan rasa terkejut terus menghantar
200 orang anak buahnya ke sana untuk menculik Izzati serta Aizzat.Kesemua 200
anak buah Aizzat terus bertolak ke Sabah menaik berpuluh-puluh buah motorsikal
dan berpuluh-puluh buah motor bot.Aizzat dan Izzati serta 3 orang abang Aizzat
itu berasa selamat apabila mendarat di Sabah.Mereka menyewa sebuah rumah di
Sabah untuk disewa untuk sementara sebelum mereka merancang pergerakan mereka
yang seterusnya.
Tetapi ketenangan mereka tidak bertahan lama ,
kesemua 20 anak buah Haiqal telah berjaya menangkap kesemua Aizzat , Izzati dan
3 orang abang Aizzat.3 orang abang Aizzat telah cuba sedaya upaya untuk
membebaskan mereka agar tidak jatuh ke tangan Haiqal sepenuhnya tetapi
malangnya mereka telah gagal .Bukan sahaja gagal malah ketiga-tiga abang Aizzat
telah dibunuh dengan kejam di hadapan Aizzat dan Izzati.
Aizzat telah berjaya membebaskan Izzati dan
kemudian Izzati dapat melepaskan diri daripada anak-anak buah Haiqal.17 anak
buah Haiqal serta-merta mengejar Izzati manakala lagi 3 anak buah Haiqal yang
bersenjata menjaga Aizzat dengan berhati-hati.Aizzat berjaya membunuh
ketiga-tiga anak buah Haiqal itu lalu mengambil semua senjata yang dimiliki
oleh ketiga-tiga anak buah Haiqal itu dan melarikan diri.
Izzati menyembunyikan diri di sebuah lubang
kecil di sebelah jalan.
Semua 17 anak buah Haiqal
mencari Izzati di kawasan itu tetapi gagal menjumpai tempat Izzati
menyembunyikan diri.Aizzat terserempak dengan anak buah Haiqal itu lalu
membunuh mereka menggunakan senjata mereka sendiri.
Bab 5:Kejatuhan Haiqal
Haiqal lama-kelamaan berasa bosan untuk
mengejar Izzati lalu memanggil semua anak buahnya untuk pulang.Dia mula
menyambung kerja kotornya yang lain untuk menghilangkan rasa bosannya.
Aizzat telah dapat tahu berita penting ini
lalu memberitahu Izzati bahawa inilah masa untuk mereka bertindak untuk
membalas dendam terhadap Haiqal atas semua kerja kotor dan kejam.
Haiqal dengan senangnya melupakan pembunuhan
kejam ibu Izzati dan 3 orang abang Aizzat dan sambung menculik
perempuan-perempuan yang cantik lagi menawan untuk menjadi koleksi permainan
hidupnya.Dia langsung tidak ingat akan kiamat,dosa dan pahala serta Tuhan yang
Maha Esa.
Sementara itu,Aizzat dan Izzati mula mengumpul
perempuan-perempuan yang dianggap permainan lama bagi Haiqal lalu dibuang di
merata tempat.Setiap bukti pembunuhan yang Haiqal telah buat dikumpul untuk
menarik Haiqal ke mahkamah dan ke tali gantung agar dia tidak langsung boleh
melakukan kerja kotornya lagi.
Semua bejalan lancar seperti yang dirancangkan
oleh Aizzat.Dia berkata kepada Izzati jikalau semuanya berjalan seperti apa
yang dirancang olehnya maka Haiqal pasti akan ke tali gantung.
Perlahan-lahan,sikit demi sedikit bahan bukti
yang akan digunakan untuk membuktikan bahawa Haiqal sangat bersalah dan patut
dihukum gantung hidup-hidup.
Harinya telah tiba, ketika Haiqal sedang
berehat di rumahnya sambil menikmati air sirap kegemarannya, dua kereta polis
menyerbunya dan kemudian menangkapnya dan membawanya ke mahkamah.
Di mahkamah Haiqal berasa terkejut apabila
yang cuba mengheretnya ke tali gantung adalah Aizzat dan Izzati.Dia hampir
ingat yang mereka sudah tidak lagi wujud.
Aizzat dan Izzat mengeluarkan semua bahan
bukti yang mereka telah kumpul dan cuba sedaya upaya untuk membuktikan yang
Haiqal bersalah.Perdebatan yang sengit telah berlaku di dalam mahkamah
tersebut.Pelbagai jenis bukti telah di kemukakan tetapi semuanya telah dibalas
oleh peguam Haiqal.Tetapi lama-kelamaan peguam Haiqal menjadi semakin lemah dan
setelah 4 jam perdebatan itu berlangsung akhirnya peguam Haiqal telah tewas
diatas bukti-bukti yang kukuh yang telah dikemukakan oleh Aizzat dan Izzati.
Haiqal akhirnya tumpas dan dihukum gantung
sampai mati.Hidup mereka semua akhirnya hidaup tenang dan bahagia.
Selamanya….atau tidak?
Saya mungkin akan mengeluarkan E2 suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment