Awal persekolahan di Permatapintar
Bangi 4 Januari, hari pertama persekolahan 2016 dimana pelajar diminta pergi ke sekolah dengan memakai pakaian sukan . Selepas makan pagi di dewan makan, semua pelajar dan instructor datang ke dewan seberguna untuk perhimpunan rasmi Permatapintar yang pertama 2016. Semua berjalan lancar ketika perhimpunan dijalankan dilangsungkan.
Selepas perhimpunan berakhir, semua pelajar mengemas
kelas masing-masing mengikut kelas. Semua pelajar tidak mencuri tulang dan
bekerja-sama telah menyebabkan tugas mengemas kelas menjadi sangat cepat dan
kelas saya hanya menunggu guru kelas kami untuk membuat perjumpaan kelas dan
kemudian kelas kami dilepaskan pada pukul 12.
Pada pukul dua setengah petang, semua pelajar terlibat
dengan sesi seperti S. Dev dimana
kami dapat tahu kelebihan masing-masing dan dapat meningkatkan moral kami dan
semangat kami untuk tahun 2016. Sesi ini diuruskan oleh 4 orang kaunselor.
Bangi 5 Januari, program re-orientasi telah diadakan
oleh pihak sekolah dengan tujuan bagi mengingatkan semula pelajar permata
pintar yang lama tentang peraturan-peraturan sekolah.
Program ini dimulakan pada pukul lapan setengah pagi
dengan ucapan daripada Prof Datuk Dr. Noriah. Beliau menjelaskan tentang
visi,misi permata dan tentang right mindset. Majlis kemudiannya diteruskan
dengan ucapan daripada HEA tentang kurikulum, kehadiran waktu pembelajaran,
penilaian dan penyelidikan. Dan akhirnya slot pagi tersebut berakhir dengan
taklimat daripada HEM iaitu Prof Madya Dr. Rolinda mengenai aktiviti
pelajar, peraturan harian, aktiviti mobiliti dan kontrak perjanjian
Sesi petang berlangsung dari pukul dua setengah petang
hingga empat setengah petang di mana kaunselor memberi taklimat tentang khidmat
kaunseling di sebelah kawasan sick bay dan lain-lain yang berkaitan dengan
kaunselor. Keadaan sudah tidak meriah sangat kerana kebanyakan pelajar sudah
kurang bermaya dan penat.
Sesi malam iaitu sesi terakhir telah diadakan di dewan
seberguna pada pukul sembilan malam yang diurus kan oleh felo dan warden. Mereka
menjelaskan tentang semua peraturan sekolah dan denda jika melanggarinya. Dengan ini tamatlah program re-orientasi di Permatapintar 2016
No comments:
Post a Comment