Monday, 14 April 2014

Jurnal harian







Pada 14 April 2014

Pada hari ini, saya telah mendapat dua kerja rumah iaitu daripada Cikgu Mior dan Cikgu Dini.Saya akan cuba untuk menyiapkan kerja rumah ini secepat mungkin.Saya telah kehilangan sebuah kalkulator yang saya sukai.Saya berharap semua orang akan cuba sedaya upaya untuk mencari kalkulator saya yang saya sayang itu.Saya rasa saya ingin membuat kerja tambahan setelah saya menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh instruktor.Saya berasa terkejut apabila Madam Dee memberitahu saya bahawa peperiksaan telah dipercepatkan.Saya akan cuba menyalahkan Jing Kai untuk mendapatkan nombor 1 di dalam seluruh asas 1. Doakan saya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. :)



Pada 15 april 2014

Saya ingatkan pada hari ini kelas bahasa Inggeris telah digantikan dengan kelas bio tetapi rupanya tidak. Saya membuat jurnal ini di makmal komputer 2 ketika waktu bahasa Inggeris kerana Madam Dee tidak masuk ke kelas di atas sebab-sebab yang saya tidak ketahui.Saya gagal untuk menyiapkan kerja ruma saya pada malam semalam kerana terlalu banyak tetapi saya akan terus cuba untuk menjadi yang teer baik di dalam kumpulan pertama asas 1 ini.Saya tidak akan gagal kerana jika saya gagal saya mungkin akan menjadi penghalang kepada kumpulan kedua asas satu yang akan datang jadi saya berharap seluruh kumpulan pertama asas 1 akan berjaya dengan sangat cermerlang sehingga boleh dijadikan contoh untuk jenerasi akan datang.





Pada 16 april 2014

          Saya telah menerima pelbagai kerja rumah pada hari ini.Saya dapat rasakan bahawa minggu ini adalah minggu paling banyak kerja rumah yang saya ada setelah ditambah dengan dua lab report dan satu story telling.Saya telah menjumpai kalkulator saya yang hilang minggu yang lalu.Saya berharap cikgu tidak akan menambah kerja saya lagi kerana saya takut tidak dapat menyiapkan kerja yang diberi.Itu saja daripada saya setakat ini.


Pada 17 April 2014

          Pada hari ini saya telah mengetahui bahawa terdapat Ujian UKM2 dijalankan di fasa 2.Ramai orang      yang saya tidak kenali ada di sana.Pelajar-pelajar dikehendaki belajar di fasa1.Terdapat beberapa orang      guru tidak dapat hadir ke kelas saya akibat terlalu sibuk.Rakan-rakan saya berasa gembira kerana dapat      sedikit masa untuk mula menyiapkan kerja rumah bersama saya.


Pada 18 April 2014

          Saya berasa sedikit sedih kerana abang Nukman telah pergi buat seketika di atas urusan sekolah.Saya telah menyiapkan beberapa kerja rumah saya.Saya telah membeli beberapa air botol mineral kerana air mineral di dalam bilik saya sudah habis.Saya tidak dapat menelefon ayah saya kerana telefon bimbit saya telah rosak tetapi saya masih berhubung dengan ayah saya melalui Yahoo.


Pada 19 April 2014 

          Saya telah bangun lambat pada hari ini kerana telah tidur lewat pada malam semalam.Saya berasa menonton sedikit cerita di You Tube dan kemudian terus membasuh baju saya yang saya telah pakai.Saya berasa amat malas pada hari ini tetapi saya tetap menyambung usaha saya untuk menyiapkan kerja rumah saya.Saya tidur pada pukul 12 malam pada hari ini.Saya berharap saya berjaya untuk menyiapkan kerja rumah saya pada hari esok.


Pada 20 April 2014

          Hari ini adalah hari keusahawanan.Hari ini semua abang-abang tahap dua akan menyediakan sesuatu yang akan memberi untung kepada mereka.Antara perkara yang disediakan adalah permainan nerf,xbox dan jualan makanan.Abang-abang ini telah menyambung aktiviti ini ke malam hari dan saya telah membeli banyak makanan dan bermain xbox.Saya berasa sangat gembira pada hari ini.


Pada 21 April 2014

          Saya ada ujian secara mengejut yang diadakan oleh cikgu BI.Tetapi dengan kuasa ALLAH alhamdurillah,saya berjaya dapat markah penuh.Cikgu BM tidak hadir didalam kelas pada hari ini.Kalau saya tahu cikgu tidak datang pada hari ini saya pasti akan membawa kerja rumah saya untuk disiapkan dengan segera.
   

          Saya hampir kehabisan duit untuk membeli air mineral.Tetapi saya tidak berasa risau kerana ayah saya akan sampai pada hari Sabtu ini untuk menjemput saya untuk pergi balik bermalam.Leah telah datang lewat ke kelas pada hari ini tetapi saya rasa dia ada sebab yang munasabah.Saya berharap rakan-rakan saya akan berjaya bersama-sama saya kalau saya berjaya pada masa akan datang.


Pada 22 April 2014

          Saya telah gagal solat Subuh pada hari ini dan rasa menyesal.Saya berharap untuk mejadi lebih baik pada masa yang akan datang.

          Rakan saya Hakim ada membawa coklat ke makmal dan memakannya di sana.Saya memintanya sedikit tetapi dia mengatakan bahawa dia sedang memakan bar yang terakhir.Tetapi saya mendapati bahawa dia telah menipu saya dengan jelas.Saya mendapat tahu perkara ini setelah memegang coklatnya secara senyap.

          Dia telah kantoi dan telh terbukti bahawa dia kedekut pada saat itu hahaha saya berharap yang dia akan menjadi tidak kedekut pada masa akan datang.                                              ^-^
          
Pada 23 April 2014


          Pada hari ini saya dan rakan-rakan saya telah disuruh oleh Madam Dee untuk bercerita dengan bersertakan gaya.Saya berasa teruja untuk mempersembahkan gaya dan cerita saya tetapi malangnya tidak cukup masa.  
             
        Hari ini saya tidak memahami tentang apa yang Cikgu Fizik ajar.Saya berharap bahawa saya akan memahami subjek ini dengan baik dan akan berjaya dengan cemerlang pada masa akan datang.
       
       

Pada 24 April 2014

          Saya masih berasa sedih kerana telefon saya masih rosak dan saya tidak boleh menggunakannya untuk menelefon ayah saya.Jadi saya masih perlu berhubung dengan ayah saya melalui email.
          Duit saya telah habis kesemuanya dan saya terpaksa menahan rasa lapar ketika didalam bilik pada waktu malam.Saya masih belum berjaya menyiapkan kerja saya walaupun telah berusaha sedaya upaya.

Pada 25 April 2014

          Hari ini terdapat acara merentas desa telah diadakan antara rumah sukan di dalam Permata Pintar.Saya pada mulanya berasa untuk jogging secara berterusan agar berkebolehan untuk memotong     rakan-rakan saya yang lain.
          Ketika saya sedang berjoging,saya telah terlihat salah seorang rakan serumah sukan saya yang ada sakit lelah/tenat.Saya berasa kasihan lalu menemaninya seketika sebelum dia tidak larat lagi untuk berlari dan dibawa pulang ke Permata Pintar.
           Walaupun mendapat kedua akhir,saya berasa bangga kerana telah menolong rakan saya pada waktu itu.
                                               ^-^
Pada 26 April 2014

          Alamak saya telah terlupa untuk menghantar laporan makmal untuk subjek Biologi dan Kimia.Saya berasa sangat bersalah terhadap guru saya yang mengajar subjek itu.Saya rasa pasti mustahil untuk mereka tidak memotong markah saya yang akan menjejaskan markah peperiksaan saya dan saya akan menangis teruk pada hari akan datang.
                                      T-T
Pada 27 April 2014

           Hari ini, saya telah diajak oleh abang saya untuk bermain dota2 di sebuah kedai komputer pada waktu malam.Saya telah menerima tawaran abang saya itu.Kami telah bermain sehingga 7 pagi dan kemudian berhenti serta tidur.
         
                 Sedikit pembetulan,ini berlaku pada 26 hari  bulan dan ianya bermaksud saya telah berhenti bermain dota2 pada pukul 7 pagi 27 hari bulan.

Pada 28 April 2014

                  Saya telah menghantar laporan bagi subjek Biologi dan nampaknya keadaan seperti yang saya gentari,saya dapat tahu daripada kata-kata Cikgu Fairus akan mengurangkan markah yang akan menjejaskan markah peperiksaan saya.
                  
                  Walaubagaimanapun, saya berharap dengan penuh harapan di dada saya yang saya dapat sekurang-kurangnya dapat meningkatkan nilai grade saya.Sekian saya mohon untuk mendoakan kejayaan saya!!

          Pada 29 April 2014

       Saya telah menghantar laporan Kimia ke Cikgu Mohd Nor dan 
          bersyukur kerana cikgu tidak terlalu marah.
                 Saya berasa syukur kerana kelas prap hari ini di kelas saya telah memecah rekod paling senyap saya boleh fikirkan boleh menjadi dan itu pun kerana ada beberapa orang senior yang belajar di kelas saya pada malam ini.Saya berharap yang kelas saya boleh menjadi senyap sebegini  selama saya ada di Permata Pintar ini.


          Pada 30 April 2014
   
                 Saya masih belum menyiapkan kerja rumah yang diberi olah cikgu setelah berusaha keras tetapi saya akan terus mencuba untuk menyiapkan kerja tersebut.
                 Saya walaubagaimanapun,telah berjaya menyiapkan kerja falsafah yang telah diberikan oleh Cikgu Sakinah.Saya telah mendapat duit daripada kerajaan dan akan berusaha sebaik mungkin untuk membeli perkara yang berfaedah.


          Pada 1 May 2014

                 Saya telah membuang masa saya dengan bermain pada hari ini dan berasa kesal kerana saya boleh menyiapkan kerja saya pada masa saya yang teluang itu.Saya berharap bahawa saya tidak akan melakukan perkara ini lagi.
                 Cikgu Dee telah beberapa hari tidak hadir ke kelas selepas pembedahan yang dilakukan kepadanya.

          Pada 2 May 2014

                 Saya berasa sangat gembira pada hari ini kerana Cikgu Suzaina telah mengajar kelas saya tajuk baru yang senang dan Cikgu Sakinah telah memberi kami aiskrim yang lazat serta menyelerakan.
                 Saya berharap hidaup saya akan sentiasa bertambah baik dan baik.Sekian pada hari ini terima kasih.

          Pada 3 May 2014

                 Saya telah berasa sedih pada hari ini kerana saya telah terikut hawa nafsu saya dan telah bermain untuk sepanjang hari ini dan tidak menyiapkan satu kerja pun.Saya berharap dapat berhenti bermain dan dapat fokus terhadap pelajaran.
                 Saya bermain bersama-sama abang Syarafee.Saya berharap kami akan dapat bersama-sama berhenti bermain permainan dengan terlalu banyak dan dapat fokus di dalam pelajaran.

          Pada 4 May 2014

                 Saya telah bangun sangat lewat pada hari ini dan gagal Solat Zohor.Saya berasa kecewa dengan diri saya sendiri dan telah berazam untuk Solat penuh lima waktu pada hari-hari yang berikutnya.
                 Saya berancang untuk menyiapkan kedua-dua kerja Bahasa Melayu yang telah diberikan oleh Cikgu Mior dan tidak tidur pada malam ini.Saya berharap yang saya akan berjaya untuk menyiapkan kedua-dua kerja rumah tersebut.

Pada 5 May 2014
    
                 Pada hari ini, semuanya berjalan seperti biasa dan tidak ada apa-apa perkara yang luar biasa berlaku pada hari ini kecuali dua benda dan perkara tersebut ialah:
  
          1-Saya baru perasan bahawa baju rasmi yang saya pakai pada hari Isnin adalah sedikit panas sedangkan sebelum ini saya tidak pernah berasa bosan memakainya.

          2-Cikgu Fairus telah memberitahu kesemua pelajar asas 1 bahawa pada Rabu malam akan terdapat beberapa soalan yang akan diberikan kepada kami yang akan boleh mengubah markah kami.

Pada 6 May 2014

                   Pada hari ini saya tidak ada sebarang masaalah tetapi saya cuma berasa marah kerana pada waktu petang saya telah membeli sebatang     ais-krim coklat yang saya sukai.
               Tetapi pada petang itu,ketika saya sedang makan ais-krim kegemaran saya itu, tiba-tiba terdapat seseorang yang telah mengetuk pintu bilik saya dengan kuat sehingga ais-krim saya jatuh ke lantai.Apabila saya membuka pintu tiada sesiapa pun yang berada di situ.saya berharap orang yang melakukan ini kepada saya sedar akan kesilapannya dan tidak lagi melakukan kerja ini.

Pada 7 May 2014

            Tidak ada apa-apa yang berlaku pada hari ini kecuali terdapat ujian bio yang telah diberitahu oleh Cikgu Fairus pada 2 hari yang lalu.Saya baru teringat bahawa ujian bio itu diadakan pada waktu ceramah dan saya berasa sedih kerana tidak dapat mendengar ceramah pada malam itu.
                 Saya juga telah tertinggal handphone saya di dewan seberguna pada malam itu sebelum keluar darinya.Nasib baik tidak dicuri. :P

          Pada 8 May 2014

                 Saya berasa gembira dan takut kerana peperiksaan telah hampir tiba dan takut gagal untuk mendapat keputusan yang cemerlang di saat keputusan di keluarkan.Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang paling cemerlang antara semua pelajar tetapi saya dapat rasa kemustahilah untuk melakukan perkara tersebut.
                  Apa-apa pun,saya sekurang-kurangnya harus mendapatkan pointer yang terbaik dan lebih baik daripada periksa yang lalu.Harap dapat apa yang saya kehendaki selamat tinggal. -_-

          Pada 9 May 2014

                 Saya berasa terkejut kerana tidak dapat menyiapkan jurnal bm saya setelah gagal membuka internet.Saya telah menanya orang lain dan mereka berkata bahawa mereka juga  gagal untuk membuka internet.Ada orang mengatakan bahawa ianya adalah masaalah teknikal.
                 Saya membuka internet ini pun setelah berada di rumah abang saya yang ada internet.Ohh lupa nak beritahu,saya balik ke rumah abang saya pada hari ini sehingga hari Ahad.
      
         Pada 10 May 2014
     
                Saya telah pergi ke siber kafe untuk menyiapkan jurnal pada hari ini keranalaptop abang saya yang menjadi tempat saya membuat jurnal telah rosak dan saya mula berasa kerja membuat jurnal ini tidak bersambungan hingga ke akhir tahun atau lebih teruk ke dua tahun akan datang.
                Selepas itu, saya tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan abang saya setelah lama tidak berjumpa.Saya berharap kami akan lagi kerap berjumpa pada masa akan datang sambil tidak membawa sebarang kerja rumah.

          Pada 11 May 2014
      
                 Saya telah mula mengulangkaji pelajaran kerana hari peperiksaan  akan bermula tidak lama lagi.Saya berharap apa yang saya impikan semalam akan menjadi nyata dan benar.Tetapi saya rasa yang saya akan membuat jurnal secepat mungkin agar saya dapat belajar dengan lebih banyak supaya dapat membuat ibu bapa saya bangga akan anak yang mereka miliki iaitu saya dengan mendapat keputusan yang cemerlang.
                 Saya berharap saya dapat belajar dengan secukupnnya sebelum peperiksaan bermula.Sekian, Doakan kejayaan saya dan kelas-kelas asas 1 .                                                     

Pada 12 May 2014
   
                 Peperiksaan telah bermula dan saya berasa sangat teruja dan gementar pada masa yang sama.Perasaan saya berolak-alik ketika memasuki bilik seni iaitu bilik seminar 1 di mana peperiksaan akan di jalankan.Saya telah mendapati beberapa soalan yang saya salah sebelum keluar tempat peperiksaan dan mahu membetulkannya tetapi malangnya masa telah tamat dan saya tidak sempat membetulkan kesalahan saya.
                 Walaubagaimanapun saya berharap untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.Sila doakan saya semua yang baca jurnal saya ini.

Pada 13 May 2014

                 Saya berasa gembira kerana hari ini adalah hari cuti dan saya dapat belajar untuk peperiksaan matematik dan biology esok.Saya melihat beberapa rakan-rakan cina saya meraikan hari Wesak mereka.Saya bertanya kepada mereka dan mereka menjawab bahawa mereka digalakkan makan sayur pada hari itu.
                 Saya telah tertidur dan tidak menghadiri kelas tambahan matematik kerana terlalu ngatuk padahal saya telah tidur awal pada malam itu.Saya dapat rasakan bahawa ini semua adalah hasutan syaitan yang menyebabkan saya berasa ngantuk.Saya berharap untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan matematik itu nanti.

Pada 14 May 2014

                 Saya tidak dapat menjawab beberapa soalan bio dan matematik tadi tetapi saya tidak rasa berputus asa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.
                 Saya juga berasa terkejut kerana sebelum ini ada rakan saya yang memberitahu saya yang novel bm perlu dihantar sebelum habis peperiksaan tetapi berasa terkejut setelah dia berubah pendapat dan berkata novel itu perlu dihantar pada hari ini sedangkan novel bm saya itu belum siap lagi.Saya rasa saya terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan novel itu dan ulang kaji kedua-dua sub jek yang susah iaitu bm itu sendiri dan sejarah.

          Pada 15 2014

                 Saya berasa bahawa saya tidak berjaya untuk mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan bm kerana walaupun saya telah membaca dalam jumlah yang banyak tetapi saya tetap tidak dapat dapat menjawab kebanyakan soalan di peperiksaan bm itu.

                  Tetapi saya merasakan peperiksaan Sejarah pada kali ini amat mudah bagi saya,saya pun tidak tahu mengapa saya merasakan seperti itu tetapi saya berharap saya dapat keputusan yang baik dalam semua mata pelajaran.

          Pada 16 2014

                 Saya tidak merasakan yang peperiksaan kimia amat susah pada kali ini kerana saya dapat menjawab kebanyakan soalan.Tetapi saya berharap,apa yang saya jawab di dalam peperiksaan itu adalah benar dan tepat agar saya mendapat markah yang tinggi di dalam kimia yang akan meningkatkan (pointer)saya.Saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dikongsikan  sekian terima kasih.

                                            

No comments:

Post a Comment