Sinopsis
Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan
plot.
Tema dan Persoalan
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu
karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang
lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan
·
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu
karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
·
Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak
dari aspek luaran dan dalaman.
·
Pelukisan
watak itu boleh
dilakukan secara langsung atau
secara tidak langsung
olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
·
Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah
yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak
bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
·
Sifat perwatakan digambarkan melalui
tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya,
kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
·
Watak pipih
lazimnya tidak kompleks, tidak
berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
·
Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini
menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan
fizikalnya.
·
Watak dinamik ialah watak yang mengalami
pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
·
Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa
perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
·
Watak yang berperanan amat penting disebut watak
utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
·
Watak protagonis ialah watak utama dalam
sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan
berperikemanusiaan. Dia mungkin
diktator, koruptor, penjenayah,
dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada
watak protagonis.
·
Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya
watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.
Plot
Binaan plot:
·
Plot
ialah sesuatu yang
menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa
dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
·
Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab
perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab
dan akibat.
·
Susunan
cerita bergantung pada
fantasi dan kreativiti pengarang.
Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari
awal hingga akhir atau kronologi. Plot
ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
·
Teknik
penyusunan plot yang
menarik ialah penyusunan peristiwa
secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif,
dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
·
Permulaan
plot ialah peringkat
permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar,
dan suasana.
·
Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
·
Peristiwa berkembang kepada peringkat
pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
·
Perumitan
menuju kepada puncak
(klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
·
Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian.
Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
Teknik Plot:
Teknik plot ialah
cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara teknik plot
termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
1. Imbas kembali
merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah
dialaminya.
2. Peristiwa itu
boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog,
monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
1. Imbas muka
merupakan cara pengarang memberikan bayangan
awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan
daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka
dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan
berlaku.
(c) Saspens
1. Saspens atau
ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya
atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan
berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
1. Konflik
merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan
plot.
2. Konflik boleh
berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu
antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3. Konflik dapat
juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
1. Kejutan ialah
perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga
oleh pembaca.
2. Lazimnya,
kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
1. Dialog
merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2. Melalui dialog
antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran
yang berkaitan dengan tema.
Latar
·
Latar berperanan memberikan suasana kepada
peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
·
Latar
penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan
perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi
pelbagai latar.
·
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi,
pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi
kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan ruang atau
tempat peristiwa berlaku yang
berkaitan dengan lokasi geografi.
(b ) Latar waktu atau
masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
sejarahnya, atau musimnya.
(c) Latar masyarakat
atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi
bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang
bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita
dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan
mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara
bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang
memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita
sebagai watak utama atau watak sampingan.
Sudut pandangan ini disebut
sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang
pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini
digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b) Sudut pandangan
orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya
melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan
mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas
bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang
tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi
hanya akan memilih watak-watak tertentu
dan penceritaannya tertumpu
kepada mereka. Watak-watak lain
diceritakan serba sedikit sahaja.
(d) Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan
didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga.
Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat
penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a) Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang
daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan
tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat
daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c) Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia,
sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda
mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:
...matahari pagi bangkit
daripada selimut gunung,
benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh
dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu
secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkope
Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang
bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
baris-baris sajak
Contohnya:
pengulangan vokal “u” dalam
baris Kerana aku penyair kupenuhi
hidupku
(j) Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris
sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu
menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang
diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan
kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya:
...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan
merupakan
kata-kata yang digunakan
untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan
usia muda
Nilai
Antara contoh nilai ialah:
·
Baik hati
·
Berdikari
·
Hemah tinggi
·
Hormat-menghormati
·
Kasih sayang
·
Keadilan
·
Kebebasan
·
Keberanian
·
Kebersihan mental dan fizikal
·
Kejujuran
·
Kerajinan
·
Kerjasama
·
Kesederhanaan
·
Kesyukuran
·
Rasional
·
Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang
bersesuaian.
Pengajaran
·
Pengajaran ialah
peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang
dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
·
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara
tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara
tersirat/tidak langsung.
·
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika
nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita hendaklah
……..
- Kita
seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda
dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak
boleh….
…diikuti dengan
contoh dalam teks.
No comments:
Post a Comment