Tuesday, 28 October 2014

Surat rasmi
Format surat rasmi
Ciri-ciri surat rasmi
1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus. 
2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu. 
3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. 
4. Surat kiriman rasmi adalah bertujuan seperti berikut: 
(a) Surat aduan 
(b) Surat rayuan 
(c) Surat memesan barangan 
(d) Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang penting dan rasmi 
(e) Surat permohonan 
(f) Surat pekeliling 
5. Menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca. 
6. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam penulisan karangan jenis ini. Format Surat Kiriman Rasmi.
Laras bahasa
Berita
ciri
Berita merupakan informasi berupa fakta yang terjadi di lapangan, yan pada umum baru saja terjadi( hot news)Berita dapat berupa berita politik, ekonomi, kriminal, dan sebagainya.
pokok pokok berita berdasarkan unsur 5W + 1H. Yaitu:
1. Apa   —>    apa yang diberitakan
2. Siapa    —>    siapa yang diberitakan
3.bila  —>    kapan peristiwa terjadi
4. mengapa    —>    mengapa peristiwa terjadi
5. bagaimana    —>    bagaimana perisiwa terjadi          
Ciri ciri sebuah berita yang baik dan menarik yaitu:
1. Menarik perhatian
2. Aktual ( terkini )
3. Sigkat
4. Lugas
5. Sederhana
Laras
1.Sering menggunakan kata ganti nama rasmi orang pertama,kedua dan ketiga
Laporan
Format
Ciri
1.    Bersifat objektif dan sahih, iaitu bukan tanggapan atau agakan
2.    Mempunyai unsur penilaian, iaitu pandangan berkaitan perkara atau isu yang hendak dilaporkan
3.    Mempunyai unsur ilmiah, empirikal dan konkrit, misalnya laporan hasil kajian
4.    Disertakan gambar, foto, jadual, atau graf bagi memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca
5.    bahasa yang ringkas dan padat.
6.    Disertakan gambar, foto, jadual, atau graf bagi memudahkan gambaran minda dan pemahaman pembaca
7.    bahasa yang ringkas dan padat
Laras bahasa
Formal
Minit mesyuarat
Format
1)Nama mesyuarat
2)Bilangan kali mesyuarat
3)Tarikh 
4)Masa
5)Tempat
6)Dokumen
7)Senarai kehadiran
Ciri-ciri
1)Ringkas
2)Tepat
3)Padat
Laras bahasa
1)Ungkapan bahasa formal dan rasmi
2)Berbentuk ayat berlapis
Taklimat
Format
Ø Tajuk 
Ø Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
Ø Kata-kata aluan
Ø Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat.
Ø Kandungan taklimat
Ø Penutup
Ciri-ciri 
Sesi soal jawab
bentuk komunikasi bersemuka tetapi melibatkan sasaran yang ditekankan
Laras Bahasa
Ø Formal
Ø Ringkas
Ø Tepat 

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!
Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutama sekali yang telah mendidik saya dengan penuh sabar dan tekun.Saya berasa bangga kerana dapat belajar dengan semua guru-guru di dalam hidup saya terutamanya di dalam sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Batu 24 dan juga Sekolah Pendidikan Permata Pintar iaitu lokasi di mana saya sedang menuntut ilmu sekarang.Saya ingin memberitahu 3 perkara kepada guru-guru yang pernah mengajar saya  dan  juga guru-guru  yang  sedang mengajar saya.

1)Saya tidak pernah menunjukkannya tetapi saya ingin guru-guruku yang saya kasihi tahu bahawa saya amat sayang  dan kasihi semua  guru-guruku.

2)Saya berjanji akan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk membuat guru- guruku bangga sehingga maut saya temui.

3)Saya tidak akan melupakan jasa guru-guruku dan saya akan terus berusaha untuk menggunakan ilmu yang dirimusampaikan padaku dengan sebaik  mungkin sehingga ajal menumui saya.

Perhatian!!:Terdapat beberapa kesalahan akibat blogger ini sendiri harap ampun.-_-''

Thursday, 15 May 2014

Novel E1

   Izzati dan Aizzat

Bab 1:Perjumpaan dengan lelaki misteri itu

   Ada seorang budak perempuan yang tinggal di sebuah kampung berhampiran sebatang ulu sungai.Budak perempuan itu suka memancing ikan dan bermandi-manda di sungai tersebut.Dia mempunyai suara yang merdu serta rupa paras yang ayu.Budak perempuan itu akan mendendangkan suaranya yang merdu itu setiap kali dia mandi di sungai itu.
   Rupa parasnya yang cantik dan ayu itu telah menarik perhatian setiap jejaka yang melihatnya.Ramai jejaka yang telah cuba memikat hati budak perempuan itu tetapi telah gagal dan ditolak oleh budak perempuan tersebut.

   Pada suatu hari, ketika budak perempuan itu sedang mandi di sungai yang terletak berdekatan dengan rumahnya itu, ada tiga orang lelaki yang datang ke kampung itu setelah terdengar mengenai tentang khabar angin budak perempuan yang ayu itu.Ketiga-tiga lelaki itu telah mengintip budak perempuan itu mandi secara senyap dan kemudian telah berniat jahat terhadap perempuan itu.Sebaik sahaja budak perempuan itu selesai mandi,ketiga-tiga lelaki itu telah mengepung budak perempuan itu dan menangkapnya.Lelaki-lelaki itu telah menyebunyikan budak perempuan itu di sebuah rumah usang di dalam hutan berdekatan dengan sungai itu.


   Setelah lelaki-lelaki itu tertidur akibat kepenatan,budak perempuan itu berasa takut akan apa yang akan dilakukan kepadanya.Tiba-tiba seorang budak lelaki telah pecah masuk rumah itu dan membelasah kesemua lelaki yang kejam itu.Budak lelaki itu membawa perempuan itu ke rumahnya dan menenangkannya.

   Setelah budak perempuan itu berasa tenang, budak lelaki itu telah memberitahu salah-silah keluarganya.”Keluarga saya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan hanya saya yang hidup daripada seluruh ahli keluarga saya yang terlibat dengan kemalangan itu”kata budak lelaki itu.”Nama saya Aizzat.”kata budak lelaki itu.

   Aizzat berkata kepada budak berrempuan itu bahawa ada seorang lelaki yang jahat inginkan dia dan berbuat jahat kepadanya dan dia akan menolong untuk menyembunyikannya dan menghalang lelaki itu yang akan menculik budak perempuan itu.
   Aizzat pun telah berkata kepada budak perempuan itu bahawa lelaki yang jahat itu telah membunuh ibunya ketika dia diculik dan terdapat beberapa orang anak buah lelaki itu sedang menunggu budak perempuan itu di rumahnya untuk menyuliknya.

   Aizzat membawa budak perempuan itu ke sebuah kampung berbeza yang terletak sangat jauh dari kampung lama budak perempuan itu dan membawa budak itu ke rumahnya yang diperbuat daripada kayu dan papan.

   Budak perempuan itu tidur di bilik yang berbeza dari bilik Aizat dan cuba untuk menyesuaikan dirinya di dalam rumah itu.Aizzat telah menyediakan semua keperluan budak perempuan itu termasuk pakaian, tempat mandi,makanan permainan dan lain-lain.

   Keesokan harinya,Aizzat telah membawa budak perempuan itu ke sebatang sungai yang lebar dan terdapat banyak ikan dan tumbuhan yang menarik.Aizzat telah mengeluarkan dua batang joran beserta umpan tiruan yang berkualiti baik.Dia memancing bersama budak perempuan itu sehingga tengah hari.Selepas itu,mereka berehat sambil menikmati keindahan hutan di sekeliling mereka.Mereka seterusnya melihat dan menganalisis tumbuhan-tumbuhan disekeliling mereka.

  
 Pada waktu malam,mereka memanggang ikan yang mereka tangkap dan kemudian mereka dapat menikmati ikan bakar yang sangat lazat lagi menyelerakan.Mereka berasa sangat gembira pada malam itu.Budak perempuan itu mula dapat mulupakan perasaan sedih dan takutnya itu



Bab 2:Siapakah dalang kepada semua ini
  
   Lelaki yang jahat itu sebenarnya bernama Haiqal.Dia adalah lelaki yang kejam dan kaya serta terkenal di seluruh dunia tetapi tidak ada sesiapa yang tahu akan semua perbuatan jahat dan kejamnya kerana dia pandai menyembunyikan semua perbuatan jahat dan kejamnya itu.

   Sebelum ini,terdapat banyak perempuan yang telah menjadi mangsanya dan kemudian telah dibunuh dengan cara tanam hidup-hidup. Haiqal tidak berasa sedikit rasa bersalah pun terhadap segala kesalahan yang telah dilakukan selama ini dan berasa bahawa dia boleh melakukan apa yang dia ingin lakukan secara tersembunyi.
  
  

   Kesalahan pertama yang dia lakukan adalah membunuh ahli keluarganya agar dia boleh mewarisi kesemua harta keluarganya.Setelah dia meningkat dewasa, dia menjadi seorang pengurus perniagaan yang besar dan telah membunuh sesiapa yang setanding kekayaan dengannya dan sesiapa yang lebih kaya daripadanya secara senyap.

   Sekarang dia telah berjaya menjadi orang yang terkaya di dalam dunia.Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dan akan membunuh sesiapa yang menentang kuasanya.

   Sekarang, dia sudah mula menganggap dirinya sebagai orang yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa pun hampir sama Firaun yang menganggap dirinya sebagai Tuhan.


   Haiqal telah terdengar mengenai keindahan dan kecantikan Izzati iaitu budak perempuan itu.Dia menjadikan Izzati mangsanya yang seterusnya.Dia telah menghantar beberapa orang anak buahnya untuk membunuh ibu Izzati dan menculiknya.

   Dia berasa sangat kecewa dan marah apabila anak buahnya gagal untuk menjumpai Izzati di rumahnya.Dia berasa terlalu marah sehingga menyembelih anak buahnya sendiri bagi melepaskan rasa marahnya yang teramat itu.


Bab 3:Apa yang sedang dan akan dilakukan

   Pada minggu seterusnya,Aizat telah memberitahu Izzati bahawa di telah mengetahui kerja kotor Haiqal dan mahu menghalang segala perbuatan jahat yang Haiqal telah lakukan secepat munking.

   Sebaik sahaja dia mengetahui bahawa Izzati adalah mangsa seterusnya yang akan diculik oleh anak buah Haiqal,dia terus pergi secepat mungkin untuk menjejaki dan menyelamatkannya.
  

   Dia telah berjaya menyelamatkan Izzati sebelum penjahat itu sampai tetapi telah gagal untuk menyelamatkan ibu Izzati.Dia tahu bahawa Haiqal tidak akan berhenti selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan,jadi dia mahu menyembunyikan Izzati bersamanya di tempat yang selamat sementara memikirkan cara untuk menghentikan Haiqal yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

   Izzati bersetuju dengan apa yang dirancangkan oleh Haiqal dan ingin membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Haiqal kepada ibunya yang dia sayangi dan kasihi.Dia ingin terus berjumpa dengan Haiqal dan membunuhnya tetapi tidak boleh kerana dia tahu bahawa dia akan terbunuh dengan mudah sebelum dia sempat berbuat apa-apa kepada Haiqal.

   Jadi dia terpaksa menunggu untuk saat yang sesuai dan dengan rancangan yang sesuai untuk membunuh Haiqal yang kejam itu.Dia ingin menuntut bela atas kematian ibunya yang dia sayangi dan kasihi.


 Aizzat berkata kepada Izzati bahawa mereka patut menunggu Haiqal berasa berputus asa untuk mencarinya dan memberhentikan semua anak buahnya untuk mencari Izzati.

 Sementara itu Aizat berkata kepada Izzati agar tidak selalu keluar ke kawasan ramai orang.Aizat takuti nanti Izzati oleh anak buah Haiqal.
Aizat berkata lagi kepada Izzati bahawa mereka akan terpaksa bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan cepat agar tidak ditangkap oleh Aizzat.
 Pada waktu yang sama ketika Aizat sedang berbincang dengan Izzati mengenai apa yang akan dilakukan,Haiqal yang sedang panas baran telah menghantar 1000 anak buahnya keseluruh dunia untuk mencari Izzati.


 Sementara sedang menyembunyikan diri di tempat yang tersembunyi,mereka melakukan beberapa aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan mereka.Antaranya ialah memancing ,melihat dan meneroka hutan,bermain bersama binatang yang jinak di dalam hutan dan lain-lain.

 Dua bulan kemudian, ketika Izzati sedang memancing di tebi sebatang sungai yang terdapat di dalam sebuah hutan di Johor.Dia telah mendapat banyak ikan dan berasa sangat gembira kerana akan dapat banyak bekalan makanan ikan bakar untuknya dan Aizzat untuk makan dalam jangka masa mereka bersembunyi.

 Ketika Izzati sedang bergembira,dia tidak perasan bahawa terdapat 10 anak buah Haiqal yang telah ternampak Izzati.Ketika anak-anak buah Haiqal sedang cuba menculik Izzati,Aizzat telah datang bersama 3 abangnya yang menyebelahinya untuk menghentikan kerja kotor Haiqal telah datang dan membelasah semua anak buah Haiqal.

 Tetapi malangnya, seorang anak buah Haiqal telah terlepas dari mereka.



Bab 4:Pelarian bermula

 Sebaik sahaja anak buah Haiqal yang terlepas dan sampai ke Haiqal, Haiqal terus menghantar anak-anak buahnya mengepung semua jalan keluar dari Johor ke negeri lain.Izzati dan ketiga-tiga abang Aizzat berasa cemas apabila dapat mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Haiqal.
Mereka terus berkumpul di sebuah rumah usang di tengah bandar untuk berbincang.
 Aizzat terus mengeluarkan idea yang bernas untuk mengeluarkan mereka daripada masaalah itu.Idea yang telah dikeluarkan oleh Aizzat adalah untuk keluar negeri itu melalui kapal terbang.Mereka semua bersetuju dengan idea itu lalu membeli tiket kapal terbang secepat yang boleh dan terus mengemas semua barang-barang mereka dan bersedia untuk bertolak.



 Ketika mereka sedang menaiki kapal terbang yang akan terbang ke negeri Sabah dalam masa 5 jam , Haiqal telah berjaya untuk memecahan senarai penaik kapal terbang-kapal terbang di Malaysia dan telah menjumpai nama-nama Izzati , Aizzat dan 3 abang Aizzat itu di dalam senarai penerbangan yang berlepas 15 minit lagi.

 Haiqal dengan rasa terkejut terus menghantar 200 orang anak buahnya ke sana untuk menculik Izzati serta Aizzat.Kesemua 200 anak buah Aizzat terus bertolak ke Sabah menaik berpuluh-puluh buah motorsikal dan berpuluh-puluh buah motor bot.Aizzat dan Izzati serta 3 orang abang Aizzat itu berasa selamat apabila mendarat di Sabah.Mereka menyewa sebuah rumah di Sabah untuk disewa untuk sementara sebelum mereka merancang pergerakan mereka yang seterusnya.



 Tetapi ketenangan mereka tidak bertahan lama , kesemua 20 anak buah Haiqal telah berjaya menangkap kesemua Aizzat , Izzati dan 3 orang abang Aizzat.3 orang abang Aizzat telah cuba sedaya upaya untuk membebaskan mereka agar tidak jatuh ke tangan Haiqal sepenuhnya tetapi malangnya mereka telah gagal .Bukan sahaja gagal malah ketiga-tiga abang Aizzat telah dibunuh dengan kejam di hadapan Aizzat dan Izzati.

 Aizzat telah berjaya membebaskan Izzati dan kemudian Izzati dapat melepaskan diri daripada anak-anak buah Haiqal.17 anak buah Haiqal serta-merta mengejar Izzati manakala lagi 3 anak buah Haiqal yang bersenjata menjaga Aizzat dengan berhati-hati.Aizzat berjaya membunuh ketiga-tiga anak buah Haiqal itu lalu mengambil semua senjata yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak buah Haiqal itu dan melarikan diri.

 Izzati menyembunyikan diri di sebuah lubang kecil di sebelah jalan.
Semua 17 anak buah Haiqal mencari Izzati di kawasan itu tetapi gagal menjumpai tempat Izzati menyembunyikan diri.Aizzat terserempak dengan anak buah Haiqal itu lalu membunuh mereka menggunakan senjata mereka sendiri.




 Bab 5:Kejatuhan Haiqal

 Haiqal lama-kelamaan berasa bosan untuk mengejar Izzati lalu memanggil semua anak buahnya untuk pulang.Dia mula menyambung kerja kotornya yang lain untuk menghilangkan rasa bosannya.

 Aizzat telah dapat tahu berita penting ini lalu memberitahu Izzati bahawa inilah masa untuk mereka bertindak untuk membalas dendam terhadap Haiqal atas semua kerja kotor dan kejam.

 Haiqal dengan senangnya melupakan pembunuhan kejam ibu Izzati dan 3 orang abang Aizzat dan sambung menculik perempuan-perempuan yang cantik lagi menawan untuk menjadi koleksi permainan hidupnya.Dia langsung tidak ingat akan kiamat,dosa dan pahala serta Tuhan yang Maha Esa.



 Sementara itu,Aizzat dan Izzati mula mengumpul perempuan-perempuan yang dianggap permainan lama bagi Haiqal lalu dibuang di merata tempat.Setiap bukti pembunuhan yang Haiqal telah buat dikumpul untuk menarik Haiqal ke mahkamah dan ke tali gantung agar dia tidak langsung boleh melakukan kerja kotornya lagi.

 Semua bejalan lancar seperti yang dirancangkan oleh Aizzat.Dia berkata kepada Izzati jikalau semuanya berjalan seperti apa yang dirancang olehnya maka Haiqal pasti akan ke tali gantung.

 Perlahan-lahan,sikit demi sedikit bahan bukti yang akan digunakan untuk membuktikan bahawa Haiqal sangat bersalah dan patut dihukum gantung hidup-hidup.




 Harinya telah tiba, ketika Haiqal sedang berehat di rumahnya sambil menikmati air sirap kegemarannya, dua kereta polis menyerbunya dan kemudian menangkapnya dan membawanya ke mahkamah.

 Di mahkamah Haiqal berasa terkejut apabila yang cuba mengheretnya ke tali gantung adalah Aizzat dan Izzati.Dia hampir ingat yang mereka sudah tidak lagi wujud.

 Aizzat dan Izzat mengeluarkan semua bahan bukti yang mereka telah kumpul dan cuba sedaya upaya untuk membuktikan yang Haiqal bersalah.Perdebatan yang sengit telah berlaku di dalam mahkamah tersebut.Pelbagai jenis bukti telah di kemukakan tetapi semuanya telah dibalas oleh peguam Haiqal.Tetapi lama-kelamaan peguam Haiqal menjadi semakin lemah dan setelah 4 jam perdebatan itu berlangsung akhirnya peguam Haiqal telah tewas diatas bukti-bukti yang kukuh yang telah dikemukakan oleh Aizzat dan Izzati.

 Haiqal akhirnya tumpas dan dihukum gantung sampai mati.Hidup mereka semua akhirnya hidaup tenang dan bahagia.

Selamanya….atau tidak?
Saya mungkin akan mengeluarkan E2 suatu hari nanti.

Tuesday, 29 April 2014

Sinopsis
Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
Tema dan Persoalan
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan
·         Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
·         Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
·         Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
·         Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
·         Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
·         Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
·         Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
·         Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
·         Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
·         Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
·         Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin   diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
·         Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

Plot
Binaan plot:
·         Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
·         Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
·         Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
·         Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
·         Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
·         Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
·         Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
·         Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
·         Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
 Teknik Plot:
Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
1.      Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.      Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)    Imbas muka
1.      Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.      Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)    Saspens
1.      Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)    Konflik
1.      Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.      Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.      Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)   Kejutan
1.      Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.      Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
 (f)   Dialog
1.      Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.      Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
Latar
·         Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
·         Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
·         Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 (e)   Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
 Teknik sudut pandangan:
 (a)   Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.  Sudut pandangan ini  disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b)    Sudut   pandangan   orang   ketiga   tidak terbatas (serba tahu)
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
 (c)   Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang    tidak    menceritakan    semua peristiwa atau  watak tetapi  hanya  akan memilih      watak-watak      tertentu      dan penceritaannya  tertumpu  kepada  mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
 (d)   Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.



 Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
 




Nilai
Antara contoh nilai ialah:
·         Baik hati
·         Berdikari
·         Hemah tinggi
·         Hormat-menghormati
·         Kasih sayang
·         Keadilan
·         Kebebasan
·         Keberanian
·         Kebersihan mental dan fizikal
·         Kejujuran
·         Kerajinan
·         Kerjasama
·         Kesederhanaan
·         Kesyukuran
·         Rasional
·         Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran
·         Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
·         Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
·         Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….   

  …diikuti dengan contoh dalam teks.

Sunday, 27 April 2014

Mengapa yahudi?!!
Mengapa engkau membunuh manusia yang tidak bersalah?
Telah banyak kematian berlaku keranamu
Apakah salah mereka sehingga kau menyembelih dan membunuh mereka??!!!
Apakah hak engkau untuk menyakiti mereka??!?!

Kenapa perlu Engkau memusuhi pelbagai pihak yang tidak bersalah
Mengapakah  engkau perlu bermusuhan dengan kami???
Tidak bolehkah kita berkawan sentiasa selamanya??
Tidak bolehkah engkau berhenti membunuh manusia yang tidak bersalah??!!

Mengapakah engkau memulakan peperangan ini?
Apakah sebab untuk engkau memulakan peperangan ini???
Adakah disebabkan harta??
Atau adakah disebabkan kuasa??

Engkau telah membunuh banyak anak kecil yang mempunyai ibu
Tidak bolehkah engkau membiarka mereka hidup bahagia
TIdak bolehkah engkau berhenti mendera mereka ??
Aku harap engkau akan berhenti suatu hari nanti

Wahai yahudi
Aku berharap peperangan yang engakau mulakan akan berakhir
Agar kita boleh menjadi rakan yang baik
Agar kita boleh bergabung tenaga untuk mejadi yang terbaik
Bersama-sama

Selamanya